Celcom kini melalui halaman penyelenggaraan rangkaian mereka, menyatakan yang mana kerja penyelenggaraan melibatkan panggilan suara dan data akan dilakukan pada 14 Oktober 2021 ini, antara pukul 12 tengah malam ke 6 pagi.
Disebabkan olehnya, sebahagian kawasan di seluruh negara mungkin akan terkesan.

Selain itu, sebahagian kawasan di Sabah dan Sarawak juga akan terkesan disebabkan oleh penyelenggaraan melibatkan perkhidmatan suara 4G dan juga data.
Pihak Celcom mengatakan sekiranya anda terkesan atau mengalami gangguan, anda diminta untuk mengaktifkan “Flight Mode” dan mematikannya, supaya sambungan rangkaian dapat dikemaskini pada peranti anda.