OnePlus 9RT telah dilancarkan secara rasmi di China, sebentar tadi. Ia merupakan penawaran model terkini daripada OnePlus di bawah siri OnePlus 9. Pada masa sama, peranti ini turut diumumkan hadir dengan ColorOS 12 yang berasaskan Android 11.

Untuk spesifikasi khusus, OnePlus 9RT dilengkapi skrin bersaiz 6.62-inci AMOLED beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia seterusnya dipadankan dengan cip Snapdragon 888, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri pula adalah 4,500mAh yang menyokong pengecasan Warp Charge 65T.


Tetapan kamera utama adalah 50MP (Sony IMX766) + 16MP + 2MP, manakala kamera hadapan pula sebesar 16MP (Sony IMX471). Lain-lain spesifikasi termasuklah – bluetooth 5.2, NFC, port sambungan USB-C dan sebagainya. Di China, OnePlus 9RT dijual pada harga bermula RMB3,299 (~RM2,130).
Sumber : OnePlus China