Carian
Acer Memperkenalkan Meja Untuk “Gaming”
October 13, 2021 Aman

Pada hari ini, kita sedia melihat pelbagai syarikat menawarkan kerusi “gaming”. Menariknya, kini Acer turut hadir dengan sebuah kejutan, dan turut telah memperkenalkan meja “gaming.

Dinamakan sebagai Predator Gaming Desk (PGD110), ia hadir dengan saiz sebesar 55-inci, sekaligus memudahkan pemain untuk menyusunn monitor, komputer, dan pelbagai aksesori.

Pembeli juga boleh memilih sama ada ingin mempunyai gaya fiber karbon yag mudah dicuci, ataupun dengan pad tetikus yang hadir terpasang pada permukaan.

Pada masa yang sama, meja ini turut menyertakan sebuah rak khusus pada bahagian tepi untuk menyimpan aksesori.

Buat masa ini, harga jualan tempatan masih tidak diketahui lagi. Di Eropah, ia ditawarkan pada harga EUR229, iaitu sekitar RM1000.

Komen