Black Shark Turut Melancarkan TWS Baharu Dengan Edisi Gundam Bersama Dengan Kipas Penyejuk Bermagnet

Diterbitkan pada Okt 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Black Shark hari ini telah melancarkan Black Shark 4S dan Black Shark 4S Pro di pasaran China. Ia hadir dengan penambahbaikan yang lebih menarik seperti sistem penyejukan baharu, butang bahu fizikal yang lebih bagus, Snapdragon 888+, panel belakang dengan rekaan dan kemasan baharu dan beberapa lagi yang menjadikan ia sebagai antara peranti gaming hebat.

Untuk Black Shark 4S dengan Snapdragon 870, mereka turut hadir dengan edisi khas Gundam. Bersama-sama dengannya, Black Shark turut melancarkan TWS baharu mereka dengan rekaan yang sama. Black Shark Gaming TWS atau nama sebenar Black Shark Fengming TWS hadir dengan pemacu audio 14.2mm dengan diafragma komposit plat titanium sensitif tinggi.

Ia menyokong sela masa serendah 30-85 ms, dan dipadankan dengan dwi-mikrofon pembatalan hingar persekitaran. ia juga direka dengan binaan ringan untuk keselesaan penggunaan berpanjangan dan menggunakan Bluetooth 5.2.

Bateri dikatakan boleh bertahan selama 6 jam secara berterusan dan sehingga 28 jam dengan pod pengecasan. Masa pengecasan dikatakan adalah 1 jam 30 minit untuk penuh. Ia hadir dengan rekaan warna putih dan hitam yang dijual pada harga RMB 299 (~RM194), manakala edisi Gundam dijual pada harga RMB 349 (~RM226).

Aksesori Gundam lain adalah kipas penyejuk bermagnet dan kerangka Gundam dengan panel besi untuk penggunaan kipas penyejuk. Masing-masing dijual pada harga bermula sekitar RM64 sahaja.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami