TM Mula Pindahkan Pelanggan Unifi 100Mbps Ke Bawah Daripada IP Awam Ke IP Peribadi

Diterbitkan pada Okt 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telekom Malaysia kini dilihat telah memulakan proses untuk memindahkan pelaggan Unifi mereka daripada penggunaan IP awam kepada IP peribadi. Menurut TM, langkah ini adalah sebahagian daripada usaha meningkatkan sekuriti.

Menurut TM, pemindahan IP ini melibatkan pelanggan untuk Unifi 30Mbps, 50Mbps, dan juga 100Mbps. Peralihan ini telah dimulakan sejak September 2021 yang lepas, dan dijangka akan selesai pada Januari 2022 kelak.

Telekom Malaysia aka mengguakan Carrier-Grade NAT (CGNAT) kepada pelanggan yang menggunakan pakej Unifi 100Mbps dan kebawah, dan perkara ini mungkin memberikan kesan terhadap beberapa perkhidmatan dan aplikasi – antaranya adalah termasuk CCTV yang bukan berasaskan awan, perkhidmatan pengehosan, da juga permainan atas-talian dimana kandungan dihoskan oleh pengguna.

TM melalui FAQ yang dikongsikan, mengatakan langkah ini adalah sebagai usaha untuk mengelak IPv4 awam yang ditawarkan kepada pengguna dikenal-pasti, dan menjadi mangsa siber. Pada masa yang sama, langkah ini juga adalah sebahagian langkah dalam memastikan TM dapat mengatasi masalah kehabisan IPv4 untuk pelanggan.

TM turut menekankan yang mana perubahan ini hanya memberikan impak terhadap pelanggan yang menggunakan pakej dengan IP dinamik – iaitu pakej Unifi 30Mbps, 50Mbps dan juga 100Mbps. Pelanggan dengan pakej IP tetap tidak terkesan dengan perubahan ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami