Kad Grafik ASUS Dual Radeon RX 6600 Kini Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Pada Harga Rasmi RM2200

Diterbitkan pada Okt 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

AMD baru sahaja memperkenalkan siri kad grafik AMD Radeon RX 6600 mereka, yang memperlihatkan kemampuan untuk menggerakkan permainan moden pada resolusi Full HD dan juga kadar segar semula tinggi dengan penggunaan tenaga yang rendah.

ASUS Malaysia hari ini turut mengumumkan penawaran mereka sendiri, iaitu ASUS Dual Radeon RX 6600 yang kini hadir di pasaran tempatan.

Berbeza dengan kad grafik rujukan keluaran AMD, model yang ditawarkan ASUS hadir dengan bongkah penyejukan mereka sendiri dan dua kipas penyejuk Twin Axial-tech berbanding dengan satu kipas penyejuk sahaja, menjanjikan kebolehan menyejukkan komponen yang lebih berkuasa.

ASUS mengatakan bahawa dengan sistem penyejukan mereka, kad grafik ini bukan sahaja akan beroperasi pada suhu optimal, tetapi boleh digunakan dalam pelbagai jenis rangka komputer tanpa begitu banyak masalah. khususnya juga dengan penggunaan kuasa yang rendah.

ASUS Malaysia mengatakan bahawa kad grafik ini sudahpun mula ditawarkan di kedai-kedai komputer tempatan dan pengedar rasmi komponen mereka pada harga jualan RM2200.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami