Cari @ Amanz

Pakej Remaja Keluarga Malaysia Boleh Dilanggan Bermula Esok – RM30, 20GB Untuk 3 Bulan

Oleh Aman

Link Copied!

Bermula esok, 15 Oktober 2021, orang ramai sudah boleh melanggan Pakej Remaja Keluarga Malaysia yang menyasarkan golongan remaja dan para pelajar, pada harga mampu-milik.

Melalui Pakej Remaja Keluarga Malaysia, ia merupakan pakej prabayar, hadir dengan harga langganan RM30 untuk 3 bulan, dan pengguna akan menerima data sebanyak 20GB bagi tempoh tersebut.

Pada masa yang sama, pakej ini turut memberikan data 1GB secara percuma setiap hari untuk tujuan produktiviti – seperti pembelajaran atas-talian, bekerja dari rumah, dan sebagainya.

Pakej Remaja Keluarga Malaysia ini akan ditawarkan oleh Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia, dan juga YTL, untuk tempoh selama enam bulan, sehinngga 15 April 2022 kelak.


Komen ()