Realme hadir dengan penawaran pembesar suara mudah-alih baru yang dinamakan Realme Brick Bluetooth Speaker. Berbeza dengan beberapa produk terdahulu, model kali ini menampilkan rekaan yang lebih besar lengkap dengan rekaan berbentuk segi empat tepat. Ia juga mempunyai dua pembesar suara yang memfokuskan bass dengan kuasa output 20W.

Dengan bateri 5,200mAh, ia juga mampu memainkan muzik sehingga 14 jam dengan satu pengecasan. Seterusnya, ia juga menyokong kemampuan kalis air IPX5, boleh ditambat kepada peranti menggunakan Bluetooth 5.0 dan penggunaan aplikasi Realme diperlukan untuk kawalan lebih baik. Tersedia dalam satu pilihan warna sahaja iaitu Black, Realme Brick Bluetooth Speaker dijual di India pada INR2,999 (~RM166).