Cari @ Amanz

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, kini mengingatkan orang ramai berkenaan dengan amalan para pemain melibatkan permainan seperti PUBG, Mobile Legends, dan sebagainya. Terdapat elemen dalam permainan berkenaan, dimana pengguna perlu menggunakan UC (Unknown Cash) untuk menikam dan mendapatkan barangan dalam permainan.

Bercakap mengenainya, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkongsi yang mana hukum proses tikaman dengan cara menggunakan kotak tikam menggunakan duit UC yang dibeli adalah haram. Hal ini adalah kerana ia mempunyai unsur perjudian yang dilarang dalam agama Islam, kerana bergantung kepada nasib semata-mata. Disamping itu, ia juga menafikan hak pembeli untuk membeli apa yang dihajati.

Mengulas lanjut, ia turut dikatakan pengharaman dikhususkan sekiranya pembeli membeli UC untuk menikam barang-barang berkenaan. Sebaliknya, sekiranya UC digunakan untuk membeli barangan secara terus tanpa berlaku proses tikaman, hukumnya adalah harus seperti pembelian melalui duit Silver da sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd