Cari @ Amanz

OnePlus sedia hadir dengan beberapa penawaran edisi khas untuk jam tangan pintarnya. Pada awalnya, OnePlus Watch Cobalt Limited Edition diperkenalkan. Tidak lama kemudian, mereka mengumumkan OnePlus Watch Cyberpunk 2077 Limited Edition pula. Bagaimanapun, kedua-duanya hanya terhad untuk beberapa pasaran sahaja seperti India dan China.

Dalam perkembangan terkini, OnePlus dalam perancangan untuk menawarkan satu lagi model edisi khas untuk jam tangan pintarnya. Melaluinya, OnePlus Watch Harry Potter Edition pula akan diumumkan, tetapi tiada sebarang maklumat lanjut mengenainya yang dikongsi. Buat masa ini, OnePlus hanya sekadar mengacah mengenai kehadirannya.

Namun, spekulasi awal mengatakan ia mungkin menawarkan perincian corak yang artistik dan kualiti rekaan yang diinspirasikan daripada filem Harry Potter. Disebabkan ia diacah oleh OnePlus India, maka besar kemungkinan ia hanya terhad untuk pasaran berkenaan sahaja. Tarikh khusus untuk pelancaran peranti juga masih menjadi misteri, sama-sama kita nantikan untuk kemaskini selanjutnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd