Twitter kini dilihat menguji bentuk pengiklanan baharu pada platform mereka, iaitu paparan iklan pada bahagian balasan dan perbualan sesuatu Tweet.
Paparan baharu ini diuji pada peringkat global pada aplikasi iOS dan juga Android. Twitter mengatakan iklan dipaparkan selepas balasan pertama, ketiga atau kelapan sesuatu Tweet.
Eksperimen ini dilihat akan menguntungkan para pengiklan, memandangkan ramai yang menghabiskan masa pada bahagian perbualan dan balasan sesuatu Tweet.
Twitter mengatakan mereka akan melihat bagaimana potensi dan maklumbalas serta impak yang dibawakan, sebelum memperkenalkan ia kepada semua.