WhatsApp Memperkenalkan Ciri Penyulitan Penuh Untuk Sandaran WhatsApp Di Android Dan iOS

Diterbitkan pada Okt 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WhatsApp merupakan sebuah aplikasi permesejann popular, digunakan lebih 2 bilion pengguna setiap hari, melibatkan penghantaran lebih 100 bilion mesej setiap hari.

WhatsApp sedia menawarkan ciri melakukan sandaran ke Google Drive atau iCloud – berdasarkan sistem operasi yang digunakan sama ada Android atau iOS, sekaligus membolehkan pengguna mengakses semula mesej mereka sekiranya berpindah ke peranti baharu.

Namun, sehingga kini, ia hanya sandaran biasa tanpa sokongan penyulitan penuh. Bermula hari ini, perkara berkenaan berubah, dan WhatsApp menawarkan sokongan penyulitan penuh untuk sandaran mesej ke Google Drive atau iCloud.

Dengan langkah ini, ia sekaligus memberikan lebih sekuriti dan privasi kepada pengguna – mengelak sebarang pihak daripada menceroboh dan mengakses mesej pengguna.

WhatsApp mengatakan tiada sebarang perkhidmatan permesejan global yang menawarkan sokongan penyulitan penuh melibatkan mesej, media, dan mesej suara.

Bagi anda yang ingin mengaktifkannya, boleh ke halaman Settings > Chat > Chat Backup dan mengaktifkan ciri End-to-End Encrypted Backup.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami