Nokia G10 Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Penghujung Oktober – Berharga RM599

Diterbitkan pada Okt 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nokia G10 telah diumumkan sekitar bulan April yang lalu. Ia merupakan peranti kelas pertengahan keluaran Nokia untuk penjenamaan baru siri G. Selain itu, ia juga menerima kelebihan sokongan versi sistem operasi selama dua tahun. Di samping, sokongan tampalan sekuriti sehingga tiga tahun. Peranti ini akan ditawarkan di Malaysia pada penghujung bulan Oktober ini dengan tanda harga RM599.

Untuk spesifikasi khusus, Nokia G10 dilengkapi skrin 6.5-inci LCD beresolusi HD+ dan nisbah aspek 20:9. Ia juga dipadanakn dengan cip MediaTek Helio G25, memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Bateri adalah 5,050mAh yang menyokong pengecasan 10W. Sistem tri-kamera turut digunakan dengan tetapan 13MP sudut lebar, 2MP makro dan 2 MP kedalaman, manakala kamera swafoto pula sebesar 8MP.

Sumber : Nextrift

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami