Cari @ Amanz

Samsung sedia menjadualkan acara Unpacked pada minggu hadapan, sekaligus membawa kepada spekulasi yang mana pengeluar Korea Selatan berkenaan akan memperkenalkan Galaxy S21 FE pada acara berkenaan.

Namun, kini beberapa info dikongsikan penganalisa dan juga peniris terkemuka, mengatakan Samsung akan memperkenalkan Galaxy S21 FE pada Januari 2021 kelak.

Hal ini selari dengan pelbagai laporan sebelum ini, mengaitkan ia dengan masalah pengeluaran disebabkan kekangan pada penawaran semikonduktor.

Dengan desas-desus terbaru ini, semestinya kini ia menjadi misteri berkenaan apakah Samsung akan perkenalkan pada minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd