Cari @ Amanz

Dalam usaha terus memudahkan urusan seharian pengguna, GrabFood dilihat mengemaskini aplikasinya dengan beberapa ciri baru. Melaluinya, mereka telah memperkenalkan ciri ‘Near Me’ yang mana kini telah dilancarkan di seluruh negara. Kemudian, ciri ‘Premium Delivery’ yang akan dilancarkan secara berperingkat bermula di Lembah Klang.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, ciri ‘Near Me’ menawarkan caj penghantaran berpatutan pada harga serendah RM1. Justeru, pengguna kini boleh menikmati pelbagai pilihan makanan dengan penghantaran yang lebih rendah. Tetapi, ia langsung tidak menjejaskan pendatan penghantar. Ia tersedia di mana-mana restoran atau kedai makan yang berdekatan dengan pengguna. Ciri ini boleh diakses menerusi beberapa langkah di bawah:

  • Langkah 1 – Buka aplikasi Grab
  • Langkah 2 – Klik pada ikon ‘Food’ di skrin utama
  • Langkah 3 – Klik pada ‘Near Me’ untuk menikmati penghanntaran serendah RM1.

‘Premium Delivery’ pula merupakan ciri yang membolehkan pengguna memilih masa penghantaran yang dijamin tiba pada waktu yang ditetapkan. Ganti rugi akan diberikan kepada pengguna sekiranya pihak GrabFood gagal untuk menghantar pesanan mengikut masa yang telah tertera. Sebagai tambahan, para pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran, sama ada dihantar pada waktu terpilih mahupun diambil sendiri oleh pengguna. Untuk mengaksesnya mudah sekali:

  • Langkah 1 – Pilih hidangan anda
  • Langkah 2 – Klik ‘checkout’, kemudian pilih pada ‘Premium Delivery’
  • Langkah 3 – Klik pada ‘Place Order’
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd