Instagram Live membolehkan pengguna membuat siaran langsung, pada masa sama berinteraksi bersama rakan-rakan atau pengikut langsung dalam masa nyata. Terkini, ia telah dikemaskini dengan ciri baharu yang membolehkannya dijadualkan lebih awal sebelum bersiaran. Ia boleh dijadualkan sehingga 90 hari lebih awal dan pengikut boleh menetapkan peringatan untuknya.

Untuk mengakses, Instagram menyediakan butang ‘Schedule’ pada fungsi Instagram Live. Tekan untuk mengakses, kemudian tetapkan tajuk siaran langsung dan waktu untuk bersiaran. Pada masa sama, pengguna juga boleh menambah sebarang jenama produk sekiranya perlu.
Pengikut akan menerima notifikasi mengenainya. Mereka mempunyai pilihan untuk menetapkan peringatan dan ia akan diberi 15 minit lebih awal sebelum siaran bermula. Hasil semakan kami mendapati, fungsi ini sudah tersedia di peranti iOS dan Android.
- Info
- Muat-turun : Instagram Di App Store
- Info
- Muat-turun : Instagram Di Google Play