Setelah tertiris beberapa hari yang lalu, HTC Vive Flow telah dilancarkan secara rasmi awal pagi tadi. Set kepala realiti maya ini mempunyai rekaan yang kompak dan ringan kerana ia menyasarkan penggunaan untuk hiburan dan bukannya untuk permainan seperti HTC Vive biasa.

Ia dilengkapi dua skrin sebesar 2.1″ dengan resolusi gabungan 3.2K dan sudut pandangan 100 darjah. Ia adalah set realiti maya yang menggunakan cip Qualcomm XR1, 4GB RAM dan storan 65GB. Speaker pada bahagian tangkainya pula menyokong audio spatial. Peranti tidak mempunyai bateri oleh itu memerlukan sumber kuasa luar berwayar seperti powerbank. Pada waktu ini Vive Flow hanya menyokong boleh digunakan oleh telefon pintar Android P dan ke atas.

Terdapat juga dua kamera di bahagian hadapan yang digunakan untuk penjejakan kedudukan sehingga 6 DoF. Apabila telefon pintar Android ditambat kepada Vive Flow, ia boleh digunakan sebagai alat kawalan dalam dunia maya dengan ciri memaparkan skrin telefon terus pada skrin peranti realiti maya ini. Sepasang HTC Vive Flow dijual pada harga $499 (~RM2076).
Sumber HTC