Sony Umum Kerjasama Dengan Meizu – Akan Mengadaptasi Flyme Ke Peranti Xperia Di China

Diterbitkan pada Okt 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sony China kini mengumumkan kerjasama dengan Meizu, sekaligus memperlihatkan Sony akan menyertakan aplikasi daripada antaramuka Flyme yang dibangunkan Meizu pada peranti keluaran mereka.

Sony China mengatakan mereka akan menyertakan sejumlah aplikasi dan penawaran secara terbina pada Xperia 1 III dan sejumlah produk Xperia akan datang. Sementara pengguna Xperia 1 III sedia ada di China akan menerima kemaskini pada bulan ini yang menyertakan pembaharuan ini.

Dengan integrasi ini, ia akan menjadikan peranti Xperia lebih serasi dan dioptimasikan untuk pasaran China. Untuk makluman, terdapat lebih 100 juta pegguna yang menggunakan Flyme di China.

Ia sekaligus akan memperlihatkan peranti Xperia hadir dengan penawaran seperti kedai aplikasi, aplikasi emel, cuaca, aplikasi berita, dan sejumlah kandungan lain daripada Flype terus ke peranti Xperia.

Mungkin dengan langkah ini, kita akan melihat Sony dapat meningkatkan lagi pegangan pasaran mereka di China berbanding hari ini – sekaligus mengoptimasikan peranti mereka mengikut pasaran negara berkenaan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami