Apple Membuang Aplikasi “Quran Majeed” Di China

Diterbitkan pada Okt 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menjadi suatu kebiasaan untuk sesuatu syarikat mengikuti peraturan atau permintaan sesuatu kerajaan dalam memastikan perkhidmatan mereka beroperasi tanpa masalah. Terbaru, di China, Apple dilihat telah membuang aplikasi Quran Majeed daripada boleh dimuat-turun oleh pengguna di negara berkenaan.

Quran Majeed ditawarkan secara percuma, memudahkan pengguna untuk membaca dan mendengar bacaan Quran.

Menurut pembangun aplikasi berkenaan, Apple mengatakan Quran Majeed dibuang daripada App Store China kerana ia mengandungi kandungan yang memerlukan dokumentasi tambahan daripada pihak berkuasa China. Pembangun berkenaan turut mengatakan mereka sedang cuba menghubungi pihak berkuasa di China dalam menyelesaikan masalah ini.

Aplikasi Quran Majeed mempunyai jutaan pengguna di dunia, dan di China sendiri, ia dikatakan mempunyai hampir sejuta pengguna. Menyentuh mengenai perkara ini, Apple mengatakan mereka mematuhi pelbagai peraturan tempatan yang ditetapkan.

Bagi pengguna tempatan yang sedang mencari aplikasi untuk bacaan Quran, terdapat sejumlah penawaran di pasaran, termasuk daripada kerajaan Malaysia sendiri dinamakan Smart Quran.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami