Bitcoin pada penghujung minggu ini memperlihatkan peningkatan nilai yang positif, sekaligus mencapai nilai RM250,000 sekali lagi. Kali terakhir nilai seperti ini dicapai adalah sekitar bulan April yang lepas.
Beberapa penganalisa mengatakan yang mana nilai Bitcoin akan terus meningkat selepas melepasi fasa ini.

Apa pun, peningkatan nilai Bitcoin kali ini dikaitkan dengan spekulasi yang mana pihak berkuasa Amerika Syarikat dijangka membenarkann operasi ETF Bitfoin pertama seawal minggu hadapan.
Sekiranya benar, maka ia akan membolehkan lebih ramai pelabur di Amerika Syarikat melabur dalam Bitcoin, sekaligus menguntugkan industri kriptowang itu sendiri.
Pada masa yang sama, terdapat juga risiko, dimana penolakkan kebenaran operasi berkenaan dijangka akan memberikan impak tinggi terhadap nilai harga Bitcoin.