Pengguna CIMB Clicks? Kini pihak CIMB telah mula mengeluarkan peringatan meminta para pengguna aplikasi CIMB Clicks mengemaskini aplikasi sebelum 23 Oktober 2021 untuk terus menggunakannya tanpa sebarang gangguan.
Perubahan ini mungkin kerana penaik-tarafan pada sistem, dan mungkin terdapat beberapa ciri yang tidak dapat digunakan melalui aplikasi versi lama.

Bagi pengguna yang menghadapi masalah menaik-taraf atau mengemaskini aplikasi, CIMB meminta anda untuk membuang aplikasi daripada peranti anda, dan seterusnya memasang kembali daripada kedai aplikasi.
Untuk anda yang sedia mengemaskini aplikasi CIMB Clicks anda, tidak perlu risau dan boleh menggunakan perkhidmatan tanpa sebarang masalah.