SKMM Akan Kawal Selia Perkhidmatan Awan Bermula 2022

Diterbitkan pada Okt 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, pelbagai penawaran bergantung kepada perkhidmatan berasaskan awan, dan ia dijangka akan terus meningkat dengan fokus kerajaan ke arah ekonomi digital. Selari dengannya, dalam usaha untuk menjamin keselamatan data, privasi data, perlindungan data, dan juga aliran data pengguna di perkhidmatan awan, pihak SKMM mengumumkan perkhidmatan awan akan mula dikawal selia.

SKMM akan melakukan kawal selia rigan ke atas perkhidmatan awan di Malaysia, bermula 1 Januari 2022 kelak.

SKMM mendefinisikan perkhidmatan awan sebagai sebarang perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna akhir berdasarkan permintaan melalui internet daripada pelayan penyedia perkomputeran awan.

Kawal selia ringan ini akan dilaksanakan melalui pelesenan perkhidmatan awan, dengan yuran pendaftaran sebanyak RM2500 setahun.

Dibawah ini, syarikat yang menyediakan perkhidmatan awan yang mempunyai kehadiran tempatan, ataupun melalui pusat data di alaysia adalah dikehendaki mendaftar dibawah lesen ASP (C).

Dengan langkah kawal selia ini, ia akan membolehkan SKMM bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan untuk menghasilka kod teknikal serta SOP mengenai keselamatan dan perlindungan data berteraskan tanda aras antarabangsa.

SKMM akan menguat-kuasa kawal selia ini pada 1 Januari 2022 kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami