Carian
Facebook Menguji Pengurangan Paparan Kandungan Politik Di News Feed
October 16, 2021 Aman

News Feed adalah halaman pertama yang dilihat oleh pengguna pada Facebook, membolehkan mereka mengikuti pelbagai perkembangan semasa daripada rakan-rakan, ahli keluarga, Pages, Groups dan sebagainya.

Terbaru, Facebook mengumumkan mereka akan mula mengurangkan paparan perkongsian kandungan politik di News Feed. Kini, Facebook sedang bereksperimen dengan perubahan ini di lebih 75 buah negara.

Sebelum ini, Mark Zuckerberg pernah berkongsi perancangan berkaitan perubahan ini – apatah lagi kandungan politik sering membuatkan pengguna berbalah antara satu sama lain.

Disamping itu, ia juga akan mengurangkan masalah yang dihadapi oleh Facebook apabila serinng menjadi sasaran mengatakan memberikan impak terhadap sesuatu pilihanraya disebabkan algoritma paparan dan sebagainya.

Buat masa ini, ujian Facebook ini hanya melibatkan segelintir kecil pengguna di sejumlah negara – dan sekiranya semuanya berjalan lancar, termasuk menerima reaksi positif, tidak mustahil kita melihat laman sosial mengimplementasinya secara meluas.

Komen