Cari @ Amanz

Apple pada hari ini sedia mengintegrasikan sejumlah ciri-ciri kesihatan pada Apple Watch. Selain daripada itu, kini Apple turut dilaporkan sedang melihat untuk membawa ciri-ciri memfokuskan kesihatan melalui penggunaan Apple AirPods.

Mengikut laporan WSJ, Apple dikatakan mungkin menggunakannya sebagai alat bantu mendengar, atau turut menyertakan sensor dalam memantau postur badan, atau mungkin juga menyertakan termometer dalam memantau suhu badan.

Buat masa ini, perbincangan mengenainya masih pada peringkat awal. Sejumlah perkara perlu dilihat sebelum dapat menjayakannya, termasuk dari segi teknikal mahupun dari segi pengenalan ciri yang mungkin memerlukan kebenaran pihak berkuasa.

Dengan fokus pihak Apple terhadap kesihatan, sama-sama kita nantikan apakah lagi kejutan dan integrasi ciri yang bakal diperkenalkan Apple dalam tahun-tahun akan datang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd