Cari @ Amanz

Ubuntu Linux, salah satu distro popular Linux, kini telah pun mengeluarkan versi terbaru sistem operasi mereka, iaitu Ubuntu 21.10 dengan nama kod “Impish Indri”.

Ubuntu 21.10 akan disokong selama 9 bulan lamanya, dan hadir dengan sejumlah kemaskini baharu – termasuk persekitaran desktop GNOME 40, sokongan PHP 8, GCC 11, dan menggunakan Linux Kernel 5.13.

Bagi anda yang sedia menggunakan Ubuntu, boleh mengemaskini ke versi terbaru ini, atau turut memilih untuk memuat-turun fail pemasangannya secara percuma hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd