Steam Mengharamkan Permainan Yang Benarkan Dagangan Kriptowang Dan NFT

Diterbitkan pada Okt 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Valve kini dilaporkan menghalang sebarang penerbitan permainan yang mempunyai integrasi dagangan kriptowang atau NFT pada permainan, melalui platform Steam.

Melalui terma yang dikemaskini, Valve mengatakan sebarang permainan yang dibangunkan pada teknologi rantaian-blok dan membolehkan dagangan kriptowang atau NFT tidak boleh diedarkan melalui Steam.

Menurut salah satu pembangun, Steam tidak membenarkan sebarang barangan yang mempunyai nilai dunia sebenar melalui platform mereka.

Buat masa ini, pihak Valve tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan perkara ini. Namun, terdapat spekulasi yang mana ia mungkin berkait dengan peraturan tempatan dimana Steam berpusat, yang mana permainan yang mengintegrasikan nilai dunia sebenar dikaitkan dengan perjudian. Dengan populariti permainan berbentuk NFT yang semakin meningkat dari hari ke hari, sama-sama kita nantikan bagaimana Steam mengoptimasikan platform mereka selari perkembangan arena rantaian-blok.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami