Apple akan mengadakan acara Unleased pada 19 Oktober dengan MacBook Pro dan AirPods baharu dijangka dilancarkan. Pelancaran MacBook Pro baharu mungkin yang paling dinantikan kerana dilengkapi cip Apple M1X yang lebih berkuasa serta pilihan skrin 14″ dan 16″ yang lebih besar. Terkini sebuah imej tersebar menerusi Weibo mendakwa MacBook Pro baharu akan mempunyai skrin bertakuk.

Skrin bertakuk ini akan meletakkan sistem imbasan wajah Face ID buat pertama kalinya pada sebuah komputer riba. Rekaan takuk adalah menyerupai saiz yang digunakan pada iPhone 13. Seperkara lagi yang menarik ialah dengan penggunaan takuk, bezel atas MacBook Pro ini adalah lebih kecil berbanding yang digunakan pada MacBook selama ini.
Sekiranya imej tertiris ini adalah asli, MacBook Pro akhirnya menyokong sistem imbasan wajah seakan Windows Hello yang diperkenalkan pada sistem operasi Windows 10 sejak 2015. Walaupun agak lewat Face ID ialah antara ciri yang telah lama diminta pengguna Mac sejak mula digunakan iPhone X pada tahun 2017.
Sumber MacRumors