Cari @ Amanz

Tahun hadapan permua dengan ciri Ray Tracing akan akhirnya menjadi realiti kerana GPU dari Samsung dan ARM telah mengesahkan ia bakal disokong. Dengan Ray Tracing, kesan cahaya yang lebih menyerupai dunia sebenar boleh dinikmati pada peranti mudah alih setelah sekian lama terhad pada PC dan konsol. MediaTek telah melancarkan SDK RayTracing mereka minggu ini dengan sokongan dari ARM dan Tencent Games.

Dengan wujudnya SDK ini, proses menyertakan ciri Ray Tracing pada peranti yang menggunakan cip keluaran MediaTek dapat dilakukan oleh pembangun permua. Pengumuman hari ini adalah langkah seterusnya selepas MediaTek memperlihatkan demo Ray Tracing menggunakan cip MediaTek Kompanio 1200 di GDC Julai lalu.

Sokongan dari ARM adalah penting kerana GPU Mali yang akan diumumkan sementara Tencent Games pula ialah syarikat dengan pengangan studio yang membangunkan COD Mobile, Fortnite dan League of Legends.

Sumber MediaTek

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd