Dalam menempah makanan, perkara paling wajib dipenuhi adalah kecepatan makanan tersebut boleh sampai kepada pengguna. Tiada pengguna yang mahukan penghantaran mereka tertangguh, atau kos penghantaran yang lebih mahal dari usaha mereka untuk keluar membeli makanan tersebut.

Dan baru sahaja minggu lepas, Grab telah melancarkan dua fungsi baharu untuk pengguna tegar perkhidmatan penghantaran makanan GrabFood. Fungsi ini tampak sangat berbeza dan tidak ditawarkan penyedia lain, iaitu Near Me dan Premium Delivery.
Caj Penghantaran Serendah RM 1 Dengan Fungsi Near Me
Acapkali pengguna GrabFood menempah penghantaran makanan kerana ia membolehkan pengguna melakukan sesuatu yang lebih efisien berbanding keluar rumah untuk membeli makanan. Bersandarkan masa itu emas, bagi pengguna yang GrabFood, sekiranya masa dapat dijimatkan tanpa perlu memasak, atau tanpa perlu keluar untuk membeli makanan, ia adalah satu ‘pelaburan masa’ yang menguntungkan.

Dan bagi memudahkan segmen pengguna ini, dengan fungsi Near Me, pengguna boleh melihat restoran terdekat dalam lingkungan 3 KM dan melakukan tempahan makanan. Hal ini sememangnya dapat menjimatkan masa pengguna, tidak perlu memasak dan tidak perlu keluar dari rumah.
Fungsi Premium Delivery Menjamin Penghantaran Menepati Masa
Sekiranya pengguna memerlukan makanan mereka lebih awal dari yang biasa, atau lebih kepada tidak mahu penghantaran terlambat dilakukan berikutan faktor-faktor seperti waktu puncak, pengguna boleh mengaktifkan fungsi Premium Delivery
Dengan fungsi Premium Delivery, penghantaran makanan kepada pengguna dijamin akan sampai pada masanya, dan sekiranya tidak, pengguna akan menerima ganti rugi dalam bentuk baucar GrabFood sekiranya mereka tidak menerima pesanan seperti masa yang tertera pada aplikasi Grab.

Menggunakannya sangat mudah, pengguna hanya perlu mengaktifkan tick box sewaktu melengkapkan tempahan. Malah pengguna masih boleh menggunakan kupon promosi yang lain, sekaligus memberikan lebih nilai untuk setiap tempahan yang dilakukan.
Kesemua fungsi ini telahpun diaktifkan kepada semua pengguna dan anda boleh mencubanya bermula hari ini.
Penafian: Advertorial Dari Grab Malaysia