Cari @ Amanz

Tinggal sehari sahaja lagi sebelum Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro dilancarkan secara rasmi. Spesifikasi rasmi peranti bukan lagi misteri kerana telah berkali-kali tertiris menerusi laman rasmi serta tidak rasmi. Hujung minggu lalu iklan untuk kedua-dua peranti pula tertiris menunjukkan beberapa ciri menarik yang bakal disokong.

Iklan ditiriskan oleh @_snoopytech_ memperlihatkan ciri Magic Eraser, Live Translate dan Security Hub. Magic Eraser memadam objek yang tidak diingini dari gambar yang diambil oleh pengguna Pixel 6 dan 6 Pro. Sementara itu Live Translate pula membolehkan perbualan, teks dan gambar dialih bahasa tanpa memerlukan sambungan internet.

Akhir sekali ialah Security Hub yang memantau keselamatan peranti dan akaun pengguna sepanjang masa bagi mengelakkan data dicuri. Siri Pixel 6 amat dinantikan kerana ia yang pertama menggunakan cip Google Tensor keluaran Google sendiri serta sokongan peranti sehingga lima tahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd