Cari @ Amanz

Canon sedia terkenal dengan penawaran pencetak dua dalam satu yang turut menyertakan ciri pengimbas, dan kadang-kala ciri faks. Kadang-kala, disebabkan oleh harga dakwat yang tinggi, ada kalanya pengguna hanya sekadar mengekalkan penggunaan pencetak untuk mengimbas dan ciri lain.

Namun, kini ia dilihat yang mana pencetak Canon tidak membenarkan pengguna menggunakan ciri lain sekiranya kehabisan dakwat.

Melalui pemfailan saman di mahkamah Amerika Syarikat, pencetak Canon dikatakan tidak membenarkan pengguna menggunakan ciri pengimbas dan faks apabila kehabisan dakwat.

Pihak Canon sendiri melalui forum sokongan mengatakan PIXMA MG6320 perlu mempunyai dakwat padanya untuk dapat menggunakannya. Disebabkan hal ini, samman difailkan pengguna kerana pemasaran yang tidak telus.

Produk Canon berkenaan dipasarkan mempunyai tiga ciri berkenaan, tetapi tidak menyatakan yang mana dakwat diperlukan untuk menggunakan semua ciri tersebut. Apatah lagi, untuk ciri imbasan, tiada sebarang dakwat diperlukan, membuatkan Canon dilihat ingin memaksimakan keuntungan.

Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan kes saman ini, dan apakah maklumbalas pihak Canon berkaitan dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd