DBKL Akan Memasang 5000 CCTV Di Sekitar Kuala Lumpur

Diterbitkan pada Okt 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) kini telah pun melancarkan KLCCC (Kuala Lumpur Command & Control Centre) bersama-sama 3000 unit kamera litar tertutup (CCTP) di Kuala Lumpur.

3000 unit kamera CCTV ini dipasang di sekitar Kuala Lumpur bagi tujuan pemantauan trafik, taman-taman dan pasar-pasar awam. Selain daripada itu, DBKL turut dijangka melanjutkannya untuk fasa kedua, yang akan melihat penambahan 2000 unit CCTV untuk kegunaan PDRM bagi tujuan pemantauan jenayah.

DBKL KLCCC

Bagi menjayakan pengurusannya juga, KLCCC akan beroperasi sebagai hab pengurusan lalu lintas untuk memproses serta mengemaskini data lalu lintas di Kuala Lumpur – dan berkongsi mengenainya bersama seluruh warga kota melalui sejumlah medium dari semasa ke semasa. Selain berkaitan trafik, kamera berkenaan turut boleh digunakan untuk memantau kenaikkan air, serta mengambil langkah proaktif untuknya.

Bergerak kehadapan, KLCCC ini turut akan diluaskan dan tidak hanya berfokus kepada pengurusan trafik, tetapi turut meliputi aspek keselamatan, kesejahteraan dan keselesaan warga kota.

Selain daripada kamera CCTV, DBKL juga akan memasang 42 unit butang kecemasan di taman awam dan 78 unit speaker kelak – untuk tujuan keselamatan dan kesejahteraan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami