Rangkaian 5G akan mula ditawarkan di Malaysia pada penghujung tahun ini, tetapi di luar negara ia sudah memasuki tahun kedua. Untuk menikmati kelajuan terpantas, sistem 5G mmWave digunakan dan beberapa syarikat teknologi telah melakukan pelbagai cara untuk meningkat kelajuan.

Rekod kelajuan muat naik 5G menggunakan mmWave kini dipegang oleh Samsung, Verizon dan Qualcomm. Menerusi kelengkapan di makmal, kelajuan 711 Mbps berjaya dicapai yang membolehkan sebuah fail sebesar 1 GB dimuat naik dalam masa kurang 10 saat. Ini membuka pintu kepada penstriman pada resolusi lebih tinggi dan kualiti yang lebih baik di masa hadapan.
Untuk mencapai kelajuan ini kelengkapan Samsung digabungkan dengan sistem mmWave 5G Verizon 400 MHz dan 4G 20 MHz dengan peranti yang dilengkapi modem 5G Qualcomm X65.
Sumber Samsung