Xiaomi Ingin Membuka 300 Kedai Fizikal Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan kejutan dengan membuka sebanyak 10 kedai fizikal secara serentak di sejumlah lokasi, sekaligus membawa kepada angka keseluruhan kedai fizikal Xiaomi di Malaysia berjumlah 47.

Pada masa yang sama, Xiaomi turut mengatakan mereka merancang meningkatkan angka kedai fizikal berkenaan kepada 300.

Xiaomi kini merupakan jenama telefon pintar nombor satu di Malaysia, dan sedia mengukuhkan kedudukan melalui jualan atas-talian. Kini, dalam usaha membolehkan lebih ramai mendapatkan produk – selain mencuba dan mendapatkan pengalaman, Xiaomi dilihat aktif membuka kedai fizikal.

Malah, kedai fizikal ini juga turut mampu mengetengahkan penggunaan peranti pintar dan berhubung lain yang ditawarkan Xiaomi.

10 lokasi kedai Xiaomi yang dibuka bermula hari ini adalah di:

  1. Sunway Velocity, Kuala Lumpur 
  2. KL East Mall, Kuala Lumpur
  3. Giant Hypermarket Bandar Kinrara, Selangor 
  4. Alor Star Mall, Kedah
  5. Kulim Central,  Kedah
  6. Kompleks Bukit Jambul, Penang 
  7. Prangin Mall, Penang
  8. Lotus Bertam Kepala Batas, Penang
  9. AEON Tebrau City, Johor Bahru, Johor
  10. Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, Muar, Johor 

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami