Cari @ Amanz

Pixel Stand pertama kali diperkenalkan bersama-sama dengan siri Pixel 3. Ia adalah pengecas nirwayar Google tersendiri yang boleh mengubah telefon Pixel menjadi sebuah peranti seakan peranti berhubung seakan Nest Hub mereka.

Terkini bersama dengan siri Pixel 6, Google telah melancarkan Pixel Stand generasi kedua. Ia bukan sahaja hadir dengan rekaan baharu, tetapi turut menyokong pengecasan nirwayar yang lebih pantas.

Pengecas ini menggunakan kuasa daripada USB-C dan boleh mengecas Pixel 6 dengan kuasa 21W dan Pixel 6 Pro pula sehingga kuasa 23W. Untuk peranti lain, ia boleh digunakan dengan kuasa pengecasan 15W.

Binaan dilihat lebih kurang sama, cuma rekaannya yang lebih tebal sedikit untuk memuatkan kipas penyejuk di dalamnya. Dengan kipas ini, ia membenarkan pengguna memilih untuk menggunakan ‘Performance mode’ atau ‘Quiet mode’ agar pengguna boleh kawal tahap kelajuan kipas.

Setiap pembelian akan hadir dengan kabel C-C 1.5 meter, serta pengecas 30W PD3.0 dengan PPS. Ketika peranti dicas akan ada antaramuka tersendiri dengan rekaan Material You untuk pengguna kawal Google Photos. peranti-peranti Nest atau peranti berhubung lain sambil menggunakan Google Assistant. Ia dijual pada harga yang sama, iaitu $79 (~RM329).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd