Cari @ Amanz

OnePlus Watch Harry Potter Limte Edition telah dilancarkan di India hari ini. Ia adalah OnePlus Watch yang sama seperti yang dilancarkan awal tahun ini cuma dengan rekaan tali dan muka jam edisi khas bertemakan siri novel popular Harry Potter.

Peminat boleh mengubah muka jam dengan rekaan Ravenclaw, Slytherin, Hufflepuff, dan Gryffindor setiap satunya dengan logo rumah tersendiri. Ciri standard Muggle seperti menjejak kesihatan, menjejak nadi, tidur, tekanan dan pelbagai aktiviti sukan masih lagi dikekalkan.

Dengan sekali caj OnePlus Watch boleh bertahan sehingga 14 hari. Kemampuan kalis air pula ialah IP68 dan 5 ATM membolehkan ia digunakan oleh ahli sihir untuk menentang Basilisk, Death Eaters, Inferi dan Dementors. Sepasang OnePlus Watch edisi terhad Harry Potter dijual pada harga ₹16,999 (~RM940). Kayu magis, mantel dan borang kemasukan ke Hogwarts dijual berasingan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd