Cari @ Amanz

SKMM kini telah pun mengeluarkan laporan JENDELA untuk suku tahunan, sekaligus memperlihatkan perkembangan arena telekomunikasi tempatan.

Melalui laporan terbaru, SKMM berkongsi berkenaan kelajuan purata mudah-alih yang kini mencapai 31.34Mbps. Ia sekaligus memperlihatkan peningkatan positif berbanding 25Mbps pada Ogos 2020 yang lepas.

Data terbaru ini dihimpunkan berdasarkan pada 30 September 2021 yang lepas, berdasarkan kepada Ookla.

Berdasarkan sasaran JENDELA, kelajuan mudah-alih minima disasarkan sekitar 35Mbps menjelang penghujung 2022 kelak – dan angka terbaru ini memperlihatkan sasaran berkenaan dapat dicapai dengan mudah pada tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd