AirPods Generasi Ketiga Diperkenalkan – Berharga RM829

Diterbitkan pada Okt 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas sekian lama menanti, satu demi satu maklumat tertiris – pagi ini Apple telah melancarkan AirPods generasi baharu di acara maya Apple Event. AirPods ini adalah AirPods asas generasi ketiga atau AirPods 3.

Set fon telinga nirwayar sebenar Apple ini hadir dengan sokongan Spatial Audio, menyokong Adaptive EQ, audio Dolby Atmos dan hadir dengan rekaan seakan AirPods Pro – cuma tanpa putik telinga dan bukannya jenis rekaan fon dalam telinga. Ia juga hadir dengan cip H1 untuk kualiti audio lebih baik berbanding AirPods 2, menyokong codec AAC-ELD, bass yang lebih berdentum dan juga mempunyai mikrofon dengan kualiti audio definisi tinggi.

Ia mempunyai perlindungan IPX4 untuk tahan daripada peluh atau percikan air. Ketahana bateri adalah 6 jam secara berterusan atau 5 jam dengan Spatial Audio. Manakala dengan adanya pod pengecasasan merangkap kerangka simpanan, ia boleh bertahan selama 30 jam.

Pengecasan turut menyokong melalui nirwayar atau MagSafe, serta masih menggunakan Lightning untuk pengecasan berwayar. Apple menawarkan harga jualan RM829 untuk AirPods 3 ini dan akan dijual di Malaysia tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami