Apple Memperkenalkan Cip M1 Pro Dan M1 Max

Diterbitkan pada Okt 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Cip Apple M1 adalah cip pemprosesan berasaskan ARM yang dibina oleh Apple sendiri sebagai pengganti kepada cip Intel yang digunakan pada MacBook, Mac Mini dan iMac. Walaupun cip ini sudah cukup berkuasa, ia lebih kepada cip kelas pertengahan premium Apple.

Di acara Apple Event pagi ini, Apple telah memperkenalkan cip baharu M1 Pro dan yang dua kali ganda lebih berkuasa M1 Max. Kedua-dua cip ini kekal dengan rekaan 5nm.

Cip M1 Pro menjanjikan 70% lebih kuasa CPU berbanding M1 dan dua kali ganda kuasa GPU. Cip ini adalah cip 10-teras dengan 8-teras prestasi tinggi serta dua-teras prestasi efisien bersama-sama dengan GPU 16-teras. Ia juga menyokong sehingga 32GB RAM terbina dengan kelajuan mencapai 200GB/s.

Cip M1 Max pula direka dengan rekaan sama M1 Pro, tetapi menyokong memori sehingga 64GB RAM dengan kelajuan mencapai 400GB/s. GPU pula adalah 32-teras berbanding M1 Max yang hanya 16-teras.

Untuk penggunaan kuasa pula, kedua-dua cip ini menyokong sehingga 1.7 kali penjimatan kuasa.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami