Cari @ Amanz

Dengan pengumuman MacBook Pro 14 | 16 yang baharu, beserta cip M1 Pro dan M1 Max, harga baru kini ditawarkan untuk kedua-dua model tersebut.

MacBook Pro 14 inci hadir dengan dua pilihan cip M1 Pro dengan variasi kelainan pada kuantiti teras CPU dan GPU, serta kapasiti storan. Pilihan pertama MBP 14 dengan M1 Pro membawakan 8-Core CPU, 14-Core GPU, 16GB RAM dengan 512GB SSD dijual pada harga asas RM 8,799 manakala pilihan kedua MBP 14 dengan M1 Pro yang membawakan 10-Core CPU, 14-Core GPU, 16GB RAM dan 1TB SSD dijual pada harga RM 10,799.

Sekiranya anda memerlukan cip lebih berkuasa untuk kedua-dua model MacBook Pro 14 ini, anda juga boleh memilih cip M1 Max sehingga 32-core, 64GB RAM, 8TB dan juga perisian tambahan 

Jika anda merasakan saiz 14-inci untuk MacBook Pro anda tidak cukup menyerlahkan professionalisma anda, MacBook Pro 16 hadir dengan tiga variasi iaitu M1 Pro dengan 10-Core CPU, 16 Core GPU, 16GB RAM dan antara 512GB SSD yang ditawarkan pada harga RM 10,799 manakala 1TB SSD ditawarkan pada harga RM 11,599.

Anda juga boleh memilih variasi ketiga iaitu yang terus hadir dengan cip M1 Max, yang membawakan 10-Core CPU, 32-Core GPU, 32GB RAM dan 1TB SSD pada harga RM 14,799.

Dan menjadi tradisi Apple untuk membenarkan pembeli menambah spesifikasi mereka, dengan pilihan tertinggi 64GB RAM dan 8TB SSD menjadikan harga MacBook Pro 16 inci setinggi RM 25,199, tanpa pilihan perisian professional dari Apple.

Sewaktu artikel ini ditulis, kesemua MacBook Pro generasi baharu ini sudah tidak menunjukkan sebarang tarikh penghantaran dan melihatkan kepada tawaran spesifikasi terbaru, tidak mustahil ia menjadi rebutan ramai. 

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd