Cari @ Amanz

AirPods Pro adalah AirPods yang menjadi kegemaran ramai di kalangan pengguna produk-produk Apple. Ini kerana ia hadir dengan sokongan tambatan pantas, pembatalan hingar aktif, Spatial Audio, boleh menjadi alat bantuan pendengaran dan bateri dengan ketahanan yang boleh diterima.

AirPods Pro

Dengan pelancaran AirPods generasi ketiga pagi ini, Apple turut mengemaskini AirPods Pro dengan sokongan yang sama. TWS premium Apple ini kini menyokong pengecasan bermagnet MagSafe. Lebih menarik, Apple menjualnya pada harga yang sama – iaitu RM1099.

Tiada perubahan pada dalaman, ia kekal dengan cip H1, dua mikrofon, dan serta masih didatangkan bersama-sama dengan kabel pengecasan USB-C ke Lightning. Ia juga sudah mula dijual di laman web rasmi Apple dengan penghantaran dalam masa 1 hari bekerja.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd