Apple hari ini telah memperkenalkan komputer riba baharu MacBook Pro berasaska cip serba baru dan berkuasa mereka. Bersama-sama dengannya, turut melengkapkan pada bahagian perisian adalah sistem operasi generasi baru, macOS Monterey.

macOS Monterey hadir dengan sejumlah ciri baharu, termasuk pelayar web Safari yang diberikan nafas baharu, ciri Shortcuts yang memudahkan pelbagai tugasan, sokogan Focus Mode, ciri AirPlay ke Mac, iCloud+, kemaskini pada Maps, dan sejumlah yang lain.
Apple mengatakan macOS Monterey ini akan ditawarkan bermula 26 Oktober ini untuk sejumlah Mac, secara percuma.
