Tidak semua pengguna produk Apple gemar menggunakan pelindung skrin, pelekat vinil atau menggunakan selongsong pelindung pada produk yang mereka gunakan. Pengguna seperti ini adalah jenis yang gila berani. Mereka yakin dengan bahan binaan Apple serta bijak menjaga barangan premium ini dengan baik.

Untuk itu, Apple telah memperkenalkan kain lap khusus untuk pengguna seperti ini. Kain ini dibuat dari bahan lembut yang tidak dijelaskan apakah ia. Apple menjanjikan kain ini boleh digunakan untuk melap semua produk mereka dengan skrin, permukaan mana-mana termasuk skrin dengan lapisan tekstur-nano.
Apple Polishing Cloth ini dijual pada harga RM99 dan sudah boleh dibeli di laman web rasmi Apple dengan penghantaran sekitar 4-6 hari bekerja.