Cari @ Amanz

Final Cut Pro adalah perisian penyuntingan video yang ditawarkan oleh Apple, dengan sejumlah ciri-ciri menarik bersama dengannya. Hari ini, selari pengenalan MacBook Pro baharu, Apple turut mengemaskini perisian penyuntingan video mereka ini.

Final Cut Pro kini hadir dengan pengoptimasian untuk cip Apple M1 Pro dan Apple M1 Max – sekaligus memudahkan pengguna menyunting video beresolusi tinggi tanpa masalah, dan juga sokongan pembelajaran mesin untuk Object Tracking dalam mengesan wajah dan objek.

Final Cut Pro 10.6 juga hadir dengan sokongan menyunting video yang dirakam menggunakan mod Cinematic melalui iPhone 13, mahupun memainkan sehinngga tujuh strimm video 8K ProRes tanpa masalah.

Bersama kemaskini Final Cut Pro, Apple turut mengemaskini aplikasi pelengkap Motion dan Compressor.

Di Malaysia, pengguna yang berminat boleh mendapatkan Final Cut Pro pada harga RM1299.90. Bagi pengguna sedia ada, kemaskini boleh dimuat-turun secara percuma sebarang bayaran tambahan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd