Apple kini telah menambah beberapa penawaran aksesori baharu dibawah mereka, termasuk pengecas berkuasa mereka dengan kelajuan 140W berasaskan USB-C pada harga RM399.
Pengecas ini disediakan oleh Apple untuk MacBook Pro 16-inci (2021), dimana pengguna boleh menggunakannya bersama-sama kabel USB-C ke MagSafe dalam mengecas komputer riba berkenaan.

Dengan kelajuan yang ditawarkan, Apple mengatakan komputer riba berkenaan boleh dicas kepada 50% dalam masa hanya 30 minit.
Selain kepala pengecas 140W ini, Apple turut menyenaraikan penawaran kabel USB-C ke MagSafe pada harga RM189.