Cari @ Amanz

WhatsApp sebelum ini telah pun menawarkan ciri panggilan video berkumpulan, dan pada masa yang sama membolehkan pengguna untuk menyertai sesuatu panggilan video yang sedang berlangsung pada bila-bila masa.

Namun, ciri berkenaan agak tersembunyi sebelum ini. Melalui kemaskini terbaru, WhatsApp dilihat mengetengahkan dan memudahkan lagi pengguna menemui sesuatu panggilan video berkumpulan yang sedang berlangsung di WhatsApp Group.

WhatsApp Join Call

Kini pengguna akan dapat melihat sebuah ikon panggilan video pada sesuatu WhatsApp Group sekiranya pannggilan video sedang berlangsung. Selain itu, butang menyertai panggilan video yang sedang berlangsung juga diletakkan pada bahagian atas bersebelahan nama WhatsApp Group berkenaan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd