Cari @ Amanz

Speedtest merupakan laman yang sering dituju ramai dalam menyemak kelajuan sambungan internet masing-masing, selain mendapatkan maklumat tambahan yang lain.

Terbaru, mereka telah menerbitkan laporan untuk suku ketiga 2021 yang lepas, memperlihatkan yang mana TIME menawarkan perkhidmatan jalur lebar tetap yang paling pantas.

Melalui skor yang dikeluarkan, TIME mencatatkan skor sebanyak 120.10, sementara ditangga kedua adalah Maxis dengan skor 74.64 dan TM pada kedudukan ketiga dengan skor sebanyak 68.78.

Pada masa yang sama, TIME turut mencatatkan kadar pendam terendah pada 13ms, diikuti Maxis 14ms. Telekom Malaysia yang menawarkan Unifi dilihat mencatatkan kadar pendam sekitar 18ms.

Speedtest juga turut mengatakan TIME mencatatkan prestasi paling konsisten untuk suku ketiga 2021 yang lepas, dimmana sekitar 87.6% keputusan memperlihatkan sekurang-kurangnya kelajuan muat-turun 25Mbps dan muat-naik minima 3Mbps. Maxis mencatatkan kadar konsisten 81.8%, diikuti TM dengan 79%.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd