Bersama-sama pengenalan laporan untuk talian tetap, Speedtest juga telah mengeluarkan laporan suku ketiga 2021 untuk talian mudah-alih.
Melalui laporan yang dikeluarkan, Digi dilihat terus mendahului Maxis sebagai penyedia perkhidmatan mudah-alih terpantas di Malaysia.

Berdasarkan skor kelajuan yang dikeluarkan Speedtest, Digi mencatatkan skor 33.19, sementara Maxis pula mencatatkan 31.94.
U Mobile ditangga ketiga dengan skor 30.92, Celcom 28.14 dan Unifi dengan skor 13.27.
Untuk kadar pendam rangkaian pula, Celcom dilihat menawarkan kadar pendam terbaik dengan 29ms, diikuti Maxis pada 31ms, Digi pada 35ms. Unifi dan U Mobile sama-sama mencatatkan kadar pendam 36ms.
