Cari @ Amanz

Rekaan speaker IKEA Vappeby telah tertiris selepas ia melepasi pangkalan data FCC di Amerika Syarikat. Speaker pintar ini unik kerana mempunyai butang khas untuk Spotify Tap yang membolehkan muzik disambung terus pada peranti yang menyokongnya. Speaker bersaiz kecil ini turut mempunyai kemampuan kalis air IP65 serta dilengkapi lampu pada bahagian bawah.

Vappeby bukanlah sebuah speaker pintar kerana tidak boleh menyokong sebarang ciri kawalan suara. Ia sekadar speaker bluetooth yang menyokong Spotify dengan lebih mudah. Turut didedahkan dari laman FCC ialah Vappeby boleh beroperasi sehingga 13 jam berterusan.

Pada bahagian atas pula terdapat cangkuk pemegang untuk memudahkan ia diangkat. Dengan rekan tertiris, pelancarannya pasti akan diadakan dalam masa terdekat.

Sumber The Verge

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd