Cari @ Amanz

DNB atau Digital Nasional Berhad adalah syarikat disebalik pembangunan infrastruktur rangkaian 5G di Malaysia. Terbaru, melalui temuramah bersama pihak TheStar, CEO DNB telah berkongsi sejumlah perkara, dan turut berkongsi berkenaan lokasi pertama di Malaysia dengan sokongan akses 5G.

Menurut CEO DNB, Bukit Tunku kini menjadi lokasi atau kawasan pertama di dalam negara yang mempunyai akses rangkaian 5G.

Walaupun mempunyai akses rangkaian 5G, ia dilihat masih belum ditawarkan secara terbuka kepada orang ramai oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Rangkaian 5G dijangka akan diperluaskan dengan pantas di seluruh negara dalam bulan-bulan akan datang, dengan sasaran awal memperkenalkan perkhidmatan di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur pada Disember 2021 ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd